Wednesday, November 9, 2011

Kasih ibu


Ibu..

Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita..
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam..

Apabila berusia dua tahun,ibu mengajar kita bermain..
Kita ucapkan terima kasih dengan larian sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil..

Menjelang usia kita tiga tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..
Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai..

Ketika berusia empat tahun,ibu membelikan sekotak pensel warna..
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding..

Berusia lima tahun,ibu membelikan sepasang pakaian baru..
Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor..

Setelah berusia enam tahun,ibu memimpin tangan kita ke sekolah..
Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit:"Tak nak!Tak nak!"

Apabila berusia tujuh tahun,ibu belikan sebiji bola..
Kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin rumah jiran..

Menjelang usia lapan tahun,ibu belikan aiskrim..
Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu..

Ketika berusia sembilan tahun,ibu menghantar kita ke sekolah..
Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah..

Berusia sepuluh tahun,ibu menghabiskan sehari suntuk menemankan kita ke mana saja..
Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa..

Apabila berusia dua belas tahun,ibu menyuruh membuat kerja sekolah..
Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen..

Menjelang usia tiga belas tahun,ibu suruh pakai pakaian menutup aurat..
Kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang..

Berusia lima belas tahun,ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman kita..
Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik..

Menjelang usia lapan belas tahun,ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke Ipta..
Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan kawan..

Ketika berusia sembilan belas tahun,ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama..
Kita ucapkan terima kasih dengan ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan kawan..

Berusia dua puluh tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa..
Kita kata "Itu bukan urusan ibu"

Setelah berusia dua puluh satu tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya..
Kita kata "Saya tidak mahu jadi seperti ibu"

Apabila berusia dua puluh tiga tahun,ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita..
Di belakang ibu,kita katakan pada kawan kawan "Perabot pilihan ibu aku tak cantik,tak berkenan aku"
Menjelang usia dua puluh empat tahun,ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanya mengenai rancangan masa depan..
Kita menjeling dan merungut "Ibu,tolonglah!!"

Ketika berusia dua puluh lima tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita..Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita..
Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh darinya..

Pada usia tiga puluh tahun,ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..
Kita dengan megahnya berkata "Itu dulu,sekarang zaman moden"

Ketika berusia empat puluh tahun,ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung..
Kita berkata "Kami sibuk,tak ada masa nak datang"

Apabila berusia lima puluh tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya..
Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak anak..

Kemudian suatu hari,kita mendapat berita ibu meninggal!!Khabar itu bagaikan petir!!Dalam lelehan air mata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu..

JIKA IBU MASIH ADA,SAYANGI DIA..JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA..SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG..

Khabar ibu bapa


Apa khabar ibu bapa anda?

Ingatlah dosa jika kita tidak menghubungi mereka..

Trend gelang lelaki

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan,penerampilan cara hidup orang kafir..

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan..Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan,bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini..

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan,tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka..

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan,telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w..

Hadis Imran bin Hussein r.a:

Bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan..

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan"

Rasullulalah bersabda:

Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun untuk tujuan perubatan)buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda,maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."
Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad..


Pemakaian gelang pada hari ini,melibatkan ustaz-ustaz,pegawai-pegawai kerajaan,menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun..Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam..

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah..Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang,kemalangan dan sebagainya..

Jenis2 gelang yang diharuskan:

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.


Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini..

Wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim

sumber:
www.al-ahkam.net "

Memaki orang membantu syaitan untuk merosakkan manusia

Hadis riwayat Ahmad..

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak..Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum..Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

Hadis sahih Bukhari..

Moral:Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya..Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang..Mudah-mudahan maki hamun yang ada pada ceramah,dakwah,shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan..